Aktiviti Sepanjang MBB 2010



[1] = Pertandingan Berbalas Pantun    [2] = Pertandingan Aku Spontan   
[3] = Pertandingan Gubahan Hantaran    [4] = Pertandingan Nyanyian Lagu Klasik   
[5] = Pertandingan Poster MBB    [6] = Pertandingan Menggubah Lagu   
[7] = Pertandingan Fotografi    [8] = Pertandingan Kuiz Budaya & Seni Malaysia   


Pertandingan Berbalas Pantun

Pantun tergolong dalam genre puisi tradisional. Bentuk pantuk yang paling luas digunakan ialah pantun empat kerat.





SYARAT PERTANDINGAN :

Setiap batch mesti menghantar satu penyertaan sahaja.

Pertandingan dijalankan secara pusingan kalah-mati.

Susunan pertandingan akan ditentukan melalui cabutan undi.

Setiap peserta hendaklah menjual pantun kepada pasukan lawan.

Masa hanya diberikan selama seminit membeli pantun yang telah dijual.

Setiap satu pusingan akan menggunakan dua tema.

Tema pertama adalah kebudayaan. Tema kedua adalah isu semasa.

Bentuk pantun yang boleh digunakan hanyalah pantun empat kerat.

Isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali.

Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan penyertaanya.


Show Us Your Love : Share


















Pertandingan "Aku Spontan"

Melatih keberanian dan kreativiti pengucapan awam setiap peserta secara spontan.











SYARAT PERTANDINGAN :

Setiap batch akan diwakili oleh 2 orang peserta. (seorang lelaki dan seorang perempuan)

Sebelum bermula pertandingan, peserta akan membuat cabutan giliran ucapan.

Tajuk ucapan akan disediakan oleh pihak penganjur dan balang cabutan tajuk ucapan akan diberikan kepada setiap peserta sebelum masa penyampaiaan ucapan oleh setiap peserta.

Masa untuk persediaan isi adalah 1 minit dan masa untuk sesi luahan isi adalah 2 minit.

Pertandingan ini akan diadili oleh hakim-hakim terpilih daripada setiap batch.

Pemenang akan dikira melalui kebernasan dan kemantapan isi serta gaya penyampaian yang menarik.

Isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali.

Mana-mana peserta yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan akan dibatalkan penyertaanya.


Show Us Your Love : Share













Pertandingan Gubahan Hantaran

Serlahkan kreativiti anda !












SYARAT PERTANDINGAN :

Tiada had bilangan penyertaan. Setiap batch boleh menghantar seberapa banyak kumpulan yang diingini.

Setiap kumpulan boleh diwakili lebih dari 2 orang peserta.

Tema gubahan ialah "Tema Kemelayuan".

Alatan perlu disediakan sendiri oleh peserta.

Peserta hanya akan diberikan 15 minit untuk menyiapkan gubahan hantaran pada hari tersebut.

Gubahan hantaran tercantik dan menarik akan dikira sebagai pemenang.


Show Us Your Love : Share


























Pertandingan Nyanyian Lagu Klasik

Menggamit kembali irama dan rentak muzik klasik.














SYARAT PERTANDINGAN :

Tema: Lagu Klasik (Melayu, India, Cina, English, Korea).

Setiap batch mesti menghantar satu penyertaan sahaja.

Susunan pertandingan akan ditentukan melalui cabutan undi.


Show Us Your Love : Share




























Pertandingan Poster MBB

Poster terbaik akan dijadikan poster rasmi MBB !












SYARAT PERTANDINGAN :

Tema: Minggu Bahasa dan Budaya (The Beauty of our Languange & Culture).

Setiap peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

Poster yang paling kreatif dan menarik akan dijadikan poster Minggu Bahasa dan Budaya.

Peserta dikehendaki menghantar penyertaan melalui email dalam tempoh 7hb ~ 12hb Mei (sebelum pukul 11.59pm).


Show Us Your Love : Share


























Pertandingan Menggubah Lagu

Serlahkan bakat anda dalam menggubah lagu.













SYARAT PERTANDINGAN :

Tema: bebas tetapi isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali.

Setiap peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

Peserta dikehendaki untuk menghantar demo yang mininumnya 1minit dan maksimumnya 3minit melalui email dalam tempoh 7hb ~ 12hb Mei (sebelum pukul 11.59pm).


Show Us Your Love : Share

























Pertandingan Fotografi

Abadikan potret terbaik untuk kamera anda !









SYARAT PERTANDINGAN :

Tema – Potrait yang menggambarkan kebudayaan dan kesenian tradisional Malaysia.

Setiap peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja.

Peserta dikehendaki menghantar penyertaan melalui email dalam tempoh 7hb ~ 12hb Mei (sebelum pukul 11.59pm).


Show Us Your Love : Share






























Kuiz Budaya dan Seni Malaysia

Jawab kuiz, dapat hadiah !













SYARAT PERTANDINGAN :

Kuiz akan dijalankan dari 7hb ~ 12hb Mei.

5 soalan akan dikeluarkan setiap hari di http://mbb-kuiz.blogspot.com selama 5 hari berturut-turut bermula pada 7hb sehingga 11hb.

Para peserta dikehendaki untuk mengumpulkan semua soalan dengan jawapan yang betul dan hantarkan ke email ppmk_mbb@yahoo.com sebelum 12hb Mei.


Show Us Your Love : Share
























Minggu Bahasa & Budaya 2010 | © PPMK Dekat di Hati
blogger visitor counter